Porsche bakal buka kilang CKD di Malaysia?

2908

Porsche AG dilaporkan bakal membina sebuah kilang pemasangan (CKD) di Malaysia selaras dengan pengeluar Jerman itu yang mahu menjadikan negara ini sebagai hab serantau Asia Tenggara.

Imej: Carscoops

Jika ini menjadi realiti, ia bukan sahaja menjadikan Malaysia negara pertama di rantau ini untuk menjalankan operasi CKD jenama sports, malah ia akan menjadi kilang pertama Porsche di luar negara asalnya.

Menurut laporan The Edge, Porsche AG akan bekerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd, sebuah subsidiary di bawah Sime Darby Motors Sdn Bhd.



Ini bermakna, kilang itu akan dibuka di Kulim, Kedah, yang turut menjadi fasiliti CKD pengeluar lain seperti Mazda, Hyundai, BMW dan MINI.

Perkembangan ini pastinya sesuatu yang amat dialu-alukan untuk Malaysia susulan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang baru-baru ini menerima pelaburan besar dari pengeluar lain, lapor The Edge.

Christian Weiss, Naib Pengarah Perhubungan Awam Porsche berkata, rantau Asia Tenggara mempunyai potensi besar dan syarikat itu sentiasa meneroka pilihan untuk meluaskan pembangunan di sini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here