Petronas lancar video animasi Tahun Baharu Cina 2021 yang penuh mesej

2043

Sudah menjadi tradisi, Petronas pasti hadir pada setiap musim perayaan dengan iklan-iklan mereka yang bermakna dan sarat dengan mesej.

Untuk Tahun Baharu Cina 2021, syarikat petroleum negara itu tampil dengan video animasi bertajuk “Yi Qi”. Ia membawa tema perpaduan, keberanian, harapan dan kegigihan di sebuah perkampungan tradisional Cina.



Watak-watak dalam animasi ini diambil dari tarian singa Cina dimana penari-penari menghentakkan kaki mereka mengikut rentak gendang.

“Yi Qi” bermaksud ‘bangkit bersama’ yang serasi dengan situasi sekarang dimana kita berada dalam pandemik Covid-19 dan ketidak-stabilan ekonomi.

Dalam kisah animasi ini, perkampungan Dancing Lions (singa-singa menari) hidup aman bersama bunyi paluan gendang.

Namun suatu hari, gendang itu berhenti berpalu menyebabkan semua penduduk panik. Kesemua Dancing Lions kemudian bangkit bersama mencipta harapan baharu.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata: “Kami berharap dengan Webfilm yang berpadanan dengan musim perayaan ini dapat mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk sama-sama tabah dan dapat mencari kekuatan dalam masa yang sukar ini.”

Filem animasi “Yi Qi” boleh ditonton di saluran Youtube rasmi Petronas dan di laman Facebook mereka bermula semalam, 8 Februari 2021.

Atau anda boleh tontonnya di bawah:

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here