Semua kenderaan Volvo kini dapat jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan

1246

Berita baik untuk pemilik dan bakal pembeli Volvo di Malaysia, kerana semua kenderaan akan menerima jaminan lima tahun dan tanpa had perbatuan.

Perkara ini diumumkan oleh Volvo Car Malaysia, tambahan kepada jaminan tiga tahun/100,000km sebelum ini. Dengan skim baharu ini, semua jaminan sedia ada akan diberi EWP (Extended Warranty Programme) dua tahun dan 20,000km.



Semua tambahan jaminan dan perlindungan selepas jualan diberikan tanpa sebarang penambahan kos.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain berkata, “Tawaran baharu ini adalah sebahagian dari dedikasi kami memberikan kualiti terhadap kenderaan dan hubungan dengan pelanggan kami.

“Di Volvo Car Malaysia, setiap langkah yang diambil memfokuskan kepada keperluan pelanggan dan memperkukuhkan kepercayaan mereka terhadap jenama ini.”

Tempoh lima tahun jaminan akan dikira dari tarikh kenderaan diserahkan kepada pelanggan, merangkumi servis dan khidmat premium dari juruteknik-juruteknik terlatih Volvo.

Untuk maklumat lanjut, lawati mana-mana pengedar sah Volvo seluruh negara, atau layari laman Facebook dan Instagram untuk sebarang kemaskini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here