Ford Mustang Shelby GT500CR serba-serbi gentian karbon, harga lebih RM1 juta!

1850

Mengurangkan berat sesebuah kereta sangat sukar untuk dilakukan. Namun, Classic Recreations berjaya melakukannya dengan menyertakan gentian karbon pada keseluruhan badan kereta.

Shelby GT500CR

Syarikat ini merupakan satu-satunya pihak yang diberi kebenaran untuk menghasilkan kenderaan Shelby, dan mereka bekerjasama dengan SpeedKore yang merupakan pakar di dalam pembuatan badan gentian karbon.



Dengan kerjasama tersebut, mereka berjaya menghasilkan Shelby GT500CR dengan berat kurang 272kg berbanding model yang sama menggunakan bahan keluli.

Shelby GT500CR

Untuk menghasilkan jentera tersebut, mereka melakukan proses pengimbasan terhadap jentera sebenar GT500CR sebelum membangunkan badan gentian karbon menerusi CAD.

Acuan panel badan gentian karbon yang dihasilkan itu kemudian melalui proses autoclave-curing untuk memastikan tenunan gentian karbon itu adalah sekata dari panel ke panel yang lain.

Shelby GT500CR

Dengan berat badan keseluruhan yang semakin rendah, GT500 dengan edisi gentian karbon berjaya dihasilkan dan jentera ini didatangkan dengan sistem suspensi Detroit Speed, JRI Coilovers, sistem suspensi quadralink, dan sistem brek berprestasi tinggi Wilwood.

Shelby GT500CR

Ford Mustang Shelby GT500CR ini dikuasakan oleh enjin Coyote V8 5.2 liter yang digabungkan dengan transmisi automatik 10-kelajuan. Secara keseluruhan, jentera ini mampu menghasilkan 810hp.

Ruangan dalam jentera ini menampilkan headliner Alcantara, sistem audio dari Kicker, sistem media Kenwood, tempat duduk dengan kemasan kulit dari ProCar, dan barisan meter kustom berwarna merah.

Harga jualan untuk sebuah Shelby GT500CR ini bermula dari USD265,000 (RM1.07 juta), dan USD298,000 (RM1.2 juta) untuk versi Carbon Edition.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here