Utama Berita Automotif Berita Tempatan PKP: PLUS buka semula ruang makan di R&R ikut SOP ditetapkan

PKP: PLUS buka semula ruang makan di R&R ikut SOP ditetapkan

1587
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membuka semula semua ruang makan di medan selera kawasan rehat dan rawat (R&R) Lebuh Raya Utara Selatan mulai semalam, selari dengan pengumuman oleh kerajaan.
 
ruang makan PLUS
Pembukaan itu termasuk dua restoran jejantas dan hentian sebelah di lebuh raya kendalian PLUS dan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
 
“PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menikmati makanan dan minuman di kawasan-kawasan tersebut agar terus patuh kepada SOP yang ditetapkan iaitu hanya dua orang dibenarkan berada pada satu meja makan dengan memastikan penjarakan fizikal satu meter.
 
ruang makan PLUS
“PLUS juga menasihatkan pelanggan untuk terus mematuhi SOP keselamatan untuk pembelian makanan atau ketika menggunakan kemudahan di R&R dalam tempoh ini,” kata PLUS dalam satu kenyataan hari ini.
 
Menurutnya, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24 jam.
Manakala restoran, gerai serta trak bergerak yang menjual makanan dan minuman, termasuk kedai serbaneka, dibenarkan beroperasi mulai jam 6 pagi hingga 10 malam.
 
Selain itu, PLUS turut menggalakkan pelanggan membuat pesanan menggunakan fungsi Pra-Pesanan di Aplikasi PLUS.
Pelanggan boleh melihat variasi pilihan makanan yang ditawarkan di R&R terpilih menerusi aplikasi PLUS atau di Orderdisini.plus.com.my atau layari Facebook rasmi PLUS Malaysia untuk mendapatkan lebih maklumat.
 
Aplikasi PLUS boleh dimuat turun secara percuma melalui google Play Store untuk peranti Android atau App Store untuk pengguna iPhone.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here