Bugatti Chiron Sport jadi hadiah Hari Valentine, bukan biasa-biasa!

1908

Pada hari Valentine yang disambut setiap 14 Februari pada setiap tahun, kebanyakan pasangan meraikannya dengan makan malam romantik, atau menghadiahkan bunga dan coklat.

Bugatti Chiron Sport

Berbeza dengan seorang lelaki ini, dia menghadiahkan sebuah Bugatti Chiron Sport kustom khas untuk isterinya! Bertuah isteri dia!



Diberi nama Alice, hypercar kustom ini disertakan dengan gabungan warna Matt Blanc dan Silk Rose, menjadikannya Chiron Sport pertama dengan warna merah jambu.

Bugatti Chiron Sport

Chiron Sport ini merupakan hasil kustom khas dari HR Owen, yang merupakan pengedar kereta mewah di London. Mereka juga berperanan membantu pelanggan mereka dalam memilih gabungan dua warna untuk bahagian luaran Chiron Sport tersebut.

“Ini adalah model Bugatti yang benar-benar unik, yang akan selalu dikenang sebagai sebuah kereta sejati,” kata EO HR Owen, Ken Choo.

Bugatti Chiron Sport

Untuk ruangan dalam pula, hypercar ini diberikan kemasan kulit Gris Rafale dan jahitan tulisan Alice berwarna merah jambu pada perehat kepala. Tulisan sama turut dibuat pada bahagian pintu.

Bugatti Chiron Sport

“Suatu perkara yang luar biasa untuk melihat setiap Bugatti dibuat dengan cara yang berbeza, dengan pemilik baru berpeluang memilikinya sesuai dengan selera peribadi mereka,” tambah Ken Choo.

Harga Bugatti Chiron Sport ‘Alice’ tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here