Tesla akan bangunkan kilang, masuk pasaran India tahun ini

1661

Tesla akan membangunkan kilang mereka di India dan akan memasuki pasaran negara tersebut pada tahun ini.

Tesla india

Menurut dokumen kerajaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Karnataka, selatan India, Tesla akan membuka kilang pembuatan kereta elektrik di situ.



Berita ini timbul tidak lama selepas syarikat tersebut mendaftarkan gabungan Tesla Motors India dan Energy Private Limited bertempat di bandar Karnataka, Bengaluru bulan lepas.

Berdasarkan tweet (yang kemudian telah dipadamkan) oleh Ketua Menteri Negeri, B.S. Yadiyurappa, dia mencadangkan operasi kilang Tesla dimulakan dengan unit penyelidikan dan pembangunan di Bengaluru.

Setakat ini, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung laporan yang dikeluarkan oleh Reuters ini.

Pada Disember 2020, menteri pengangkutan India, Nitin Gadkari mendedahkan bahawa Tesla akan memulakan operasi perniagaan mereka di negara itu pada 2021, selain mengumumkan kemungkinan untuk memulakan pemasangan tempatan dan pengilangan.

Tesla india

Model 3 difahamkan akan menjadi model pertama dijual di negara tersebut, dengan harga jualan dianggarkan melebihi ₹5.5 juta (RM305,520), bermakna harga jualan tersebut adalah diluar kemampuan golongan kebanyakan di India.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here