Nama Sharifah Shahirah memang tidak asing lagi di dalam industri hiburan tanah air. Ada sahaja celoteh dia kongsikan pada Instagram miliknya yang menjadi bahan gelak ketawa followers yang sudah mencecah 1.3 juta.
Baru-baru ini Sharifah Shahirah telah berkongsi satu video di mana dia keluar memandu Lotus 3-Eleven, lengkap dengan topi keledar berwarna merah jambu, yang menurutnya mahu keluar beli belacan. Sehingga kini video tersebut telah mencecah lebih 582,044 tontonan.
“Nak beli belacan pun susah. Kenapalah kereta ini mahal-mahal tapi susah? Wiper tak ada, aircond tak ada, pintu tak ada, bumbung tak ada. Apa pun tak ada. Lalat ada, nyamuk ada. Denggilah,” itu antara celoteh yang dikongsikan oleh Sharifah Shahirah semasa mahu menaiki kereta sports tersebut.
Jentera tanpa bumbung dan pintu ini bernilai sekitar RM640,855 tidak termasuk kos-kos yang lain. Difahamkan Lotus mengeluarkan model ini terhad kepada 311 unit sahaja dan hanya ada dua unit yang sudah berdaftar di Malaysia.
View this post on Instagram
Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan komen-komen netizen yang terhibur dengan telatah Sharifah Shahirah. Dalam masa yang sama mereka kagum melihat dia boleh memandu kereta tersebut dengan baik walaupun dia sudah lama tidak memandu kereta manual.
Untuk makluman, Lotus 3-Eleven dikuasakan oleh enjin V6 3.5-liter 2GR-FE dari Toyota yang mampu menghasilkan sehingga 410bhp dan 410Nm tork untuk versi jalanan, dan 460bhp dan 525Nm tork untuk versi perlumbaan.
Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.3 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 290km/j.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar