Mitsubishi Outlander generasi keempat didedah untuk pasaran Amerika Utara dengan rekaan serba baharu

2037

SUV Mitsubishi Outlander telah didedah untuk pasaran Amerika Utara menjelang pelancarannya April nanti. Menurut Mitsubishi, Outlander generasi keempat ini merupakan model baharu sepenuhnya.

Seperti model-model Mitsubishi terkini termasuk Xpander, Outlander ini juga menampilkan bahasa rekaan Dynamic Shield pada muka depannya. Gril itu diapit oleh sepasang lampu LED nipis.



Menurut CEO Mitsubishi, Takao Kato, rekaan Outlander ini berasaskan konsep ‘I-Fu-Do-Do’ yang bermaksud authentic and majestic atau ‘sahih dan megah’.

Katanya, “Outlander baharu ini telah dipertingkatkan gayanya, prestasi serta berkualiti tinggi untuk memenuhi kehendak pelanggan.”

“Dengan pelancaran Outlander serba baharu ini, kami akan mula mengembangkan pasaran kami ke Amerika Utara dan kemudian mensasarkan perkembangan global.”

Outlander generasi keempat ini akan menggunakan enjin 2.5-liter 4-silinder, dan model varian tertinggi akan mendapat pacuan semua roda.

Enam mod pemanduan akan diberikan untuk semua keadaan jalan raya, manakala model pacuan dua-roda akan mendapat lima mod.

Dari segi kelengkapan dalaman, Mitsubishi Outlander masih mendapat tujuh tempat duduk, selain rim 18-inci, soket-soket USB-A dan USB-C, serta 11 beg udara.

Paparan instrumen terdiri dari skrin 12.3-inci, manakala paparan infotainmen bersaiz 9-inci. Sistem ini juga menyokong Apple CarPlay dan Android Auto dan fungsi pengecasan tanpa wayar.

Kelengkapan pilihan pula adalah rim 20-inci, tempat duduk kulit semi-aniline, sistem audio Bose 10 pembesar suara, paparan Head-Up 10.8-inci dan sistem keselamatan maju seperti Adaptive Cruise Control dan Lane-Keep Assistance.

Harga bermula pada USD25,795 (RM104,335) di Amerika Utara sebelum mula tiba di pasaran-pasaran lain selepas itu.

Pasaran Malaysia? Kami jangkakan pertengahan tahun depan paling awal, dan terdapat juga kemungkinan model ini dipasang secara tempatan (CKD).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here