Bugatti Veyron ialah sebuah hypercar yang sangat popular di kalangan peminat dunia automotif, kerana ia merupakan antara kereta terpantas di dunia.
Secara keseluruhan, Veyron mampu memecut pada kelajuan 431.072km/j. Dengan harganya yang sangat mahal, bukan calang-calang orang mampu memiliki hypercar ini.
Disebabkan faktor tersebut, ada peminat dunia automotif memodifikasi kenderaan mereka menjadi ‘jelmaan’ Bugatti Veron, seperti kisah yang akan kami ceritakan ini.
Di India, sebuah Maruti Suzuki Celerio telah diubah suai supaya kelihatan seperti sebuah Bugatti Veyron. ‘Jelmaan’ Veyron tersebut kini difahamkan sedia untuk dijual pada harga RM21k sahaja.
Celerio ini merupakan model yang dikeluarkan pada tahun 2014, dan telah didaftarkan di Delhi, India. Memiliki perbatuan 45,000km, ‘jelmaan’ Veyron ini dilengkapi dengan enjin petrol 1.0-liter yang digabungkan dengan transmisi AMT.
Secara keseluruhan, pemilik Celerio ini telah mengubah suai bahagian luaran dan juga dalaman, untuk menyerupai Bugatti Veyron.
Keseluruhan bahagian hadapan Celerio ini dimodifikasi menggunakan fiber, dan pada bahagian tengah terdapat gril yang lengkap dengan tulisan Bugatti.
Bahagian sisi mungkin kelihatan agak pelik, kerana pada asasnya, Celerio merupakan sebuah kereta dengan ground clearance yang agak tinggi, sedangkan Veyron adalah sebuah jentera coupe dua pintu.
Untuk bahagian belakang, penampilannya langsung tidak sama dengan Veyron, kecuali pada logo Bugatti.
Ruangan dalamannya juga telah diubahsuai secara menyeluruh supaya kelihatan lebih sporti, dimana terdapat tempat duduk bucket, stereng 3-spoke, lampu pada bahagian kaki, sistem infotainmen after market, dan tempat duduk belakang yang telah diubah suai.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar