Sejak akhir-akhir ini, servis kurier difahamkan bermasalah berdasarkan pengalaman pelanggan mereka yang dikongsikan di pelbagai platform.
Pos Laju juga tidak terlepas menerima aduan daripada pelanggan yang tidak berpuas hati kerana barang yang dihantar tidak berada dalam keadaan baik dan malahan ada barang yang tidak sampai dan tertukar dengan barang lain.
Tidak dapat dipastikan ianya salah kurier Pos Laju atau pengirim.
Pengalaman tersebut dikongsi oleh seorang pengarah muda dan juga YouTuber terkenal iaitu Syahmi Sazli.
Syahmi memuat naik story di laman Instagram miliknya tentang ketidakpuasan hatinya terhadap perkhidmatan Pos Laju apabila barang yang telah dihantar kepadanya telah ditukar.
Barang yang telah dibeli dan dihantar kepada beliau adalah minyak wangi kereta tetapi yang sampai kepadanya adalah serum.
Syahmi meluahkan kekecewaanya kerana niat beliau hanya untuk membantu syarikat kurier tersebut yang kurang mendapat sambutan, tetapi ianya telah menimbulkan masalah kepada dirinya.
Diharapkan syarikat Pos Laju lebih menitikberatkan tentang perkhidmatan yang diberikan kerana pada waktu PKP, semestinya ramai yang akan memilih untuk membeli secara online.
Pihak Syazmi Sazali dan Pos laju juga diharapkan akan menemui jalan penyelesaian untuk masalah ini.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar