Posmen lastik mata anjing digantung kerja

2444

Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menggantung kerja seorang kakitangannya yang bertugas sebagai posmen kerana melastik mata seekor anjing peliharaan menggunakan getah di hadapan sebuah rumah di Kluang, Johor.

Menerusi kenyataan Pos Malaysia, pihaknya kesal dengan perbuatan kakitangannya itu dan telah menggantung tugas sementara siasatan dalaman dilakukan.



Tindakan posmen itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat hingga tular di laman sosial.

“Kami telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan.

“Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhidmatan mereka,” kata kenyataan Pos Malaysia.

Pada Selasa, Facebook Malaysia Independent Animal Rescue (Miar) telah memuat naik video memaparkan tindakan posmen tersebut.

Difahamkan, anjing berkenaan mengalami kecederaan pada mata kirinya akibat perbuatan posmen tersebut.

Sebelum ini, warga maya mengecam tindakan posmen itu yang melakukan perbuatan mencederakan haiwan dengan melastik dari luar ketika menghantar surat di rumah tersebut.

Anda boleh tonton semula video itu di laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS di bawah ini:

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here