Utama Berita Automotif Berita Global Pesawat Boeing 777 dilarang guna ruang udara United Kingdom

Pesawat Boeing 777 dilarang guna ruang udara United Kingdom

1224

Pihak berkuasa penerbangan United Kingdom mengeluarkan larangan sementara menggunakan ruang udara membabitkan pesawat jenis Boeing 777.

Boeing 777

Larangan itu susulan insiden enjin pesawat jenis Pratt & Whitney 4000-112 yang terbakar baru-baru ini di Denver.
 
Keputusan itu dibuat menerusi satu kenyataan oleh Menteri Pengangkutan United Kingdom, Grant Shapps menerusi hantarannya di Twitter.
 
“Berikutan insiden yang berlaku baru-baru ini, pesawat yang menggunakan enjin berkenaan akan digantung sementara daripada memasuki ruang udara United Kingdom,” katanya menerusi hantaran tersebut.



Dalam pada itu, Grant Shapps turut menjelaskan tiada sebarang penggunaan enjin jenis tersebut yang digunakan oleh negaranya.
 
“Enjin tersebut tidak digunakan oleh mana-mana syarikat penerbangan United Kingdom dan hanya dikendailkan syarikat penerbangan di Amerika Syarikat, Jepun, dan Korea Selatan.
 
“Difahamkan pihak berkuasa juga telah menghentikan penggunaan enjin tersebut,” katanya lagi.
 
Baru-baru ini, pesawat United Airlines dilaporkan terbakar pada Isnin akibat kebakaran enjin sebaik sahaja berlepas.
 
Susulan insiden tersebut, pesawat yang membawa seramai 231 penumpang serta 10 anak kapal itu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Denver.
Boeing 777
Kejadian itu turut menyaksikan beberapa serpihan enjin pesawat jatuh di beberapa kawasan perumahan di sekitar Colorado.
 
Syarikat pengeluar pesawat Boeing memutuskan pada Isnin untuk menggantung pengeluaran jenis 777 berikutan insiden tersebut.
 
Penggantungan itu membabitkan sebanyak 128 buah pesawat yang menggunakan enjin Pratt & Whitney PW-400.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here