Polis Johor terima 34 unit Toyota Hilux ganti Land Rover

3671

Polis Johor menerima 34 buah Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) bernilai RM5.3 juta. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kenderaan itu bagi menggantikan Land Rover yang telah dilupuskan.

hilux polis johor

Tambahnya, Toyota Hilux berkenaan adalah untuk kegunaan Gunasama Operasi yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di negeri ini.



“Pada 15 Februari lalu, Polis Johor telah menerima 34 buah Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) bernilai RM5.3 juta,” kata Ayob Khan.

“Kenderaan ini telah diubahsuai dengan kelengkapan peralatan dan aksesori tambahan termasuk dashcam, alat pemadam api dan peti pertolongan cemas,” tambahnya.

hilux polis johor

Lanjut Ayob Khan, pengagihan kenderaan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan sebuah ditempatkan di IPK Johor, masing-masing tiga dan dua buah di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here