Menang kereta Honda Special Edition dengan 1 Million Dreams Campaign

4060

Honda Malaysia ingin mengajak anda rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan detik bersejarah dimana syarikat itu mencapai unit jualan ke-1,000,000 dengan pelancaran kempen 1 Million Dreams Campaign.

CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata: “Dalam 20 tahun lepas, Honda Malaysia telah membawakan mesej ‘Challenging Spirit’.



“Sebagai penghargaan, kami menawarkan tujuh model Special Edition iaitu Jazz, City serba baharu, Civic, BR-V, HR-V, CR-V dan Accord.”

Ya, kesemua tujuh model ini khas untuk anda rakyat Malaysia menangi. Setiap model Special Edition didatangkan dengan ciri unik warna badan dwi-tona, kemasan merah pada bahagian depan dan tepi, rim aloi hitam, dan lencana 1 Million Dreams pada fender.

Setiap kereta juga diberikan kunci dengan balutan kulit khas.

Di bahagian dalam, model-model ini dilengkapi perehat kepala kulit dengan tulisan 1 Million Dreams, serta roda stereng balutan kulit dengan jahitan merah dan penanda tengah-tengah di kedudukan jam 12.

Ishiyama menambah, “Kempen ini berlangsung bermula 25 Februari hingga 24 Mac 2021 dengan pelbagai aktiviti menarik menanti.”

Hanya dua tahun lepas pada 2019, Honda Malaysia meraikan rekod unit jualan ke-900,000 dengan rakyat Malaysia.

Ishiyama turut mengumumkan kerjasama Honda Malaysia dengan CUCKOO, Shopee, dan Watsons yang turut menawarkan pelbagai ganjaran dalam kempen ini.

Baik, bagaimana cara menyertai peraduan untuk menang kereta Honda ini?

  • Muat turun dan daftar di aplikasi HondaTouch
  • Bermain dengan kuiz 1 Million Dreams di laman web rasmi honda.com.my
  • Pandu uji sebuah kereta Honda, tempah Honda baharu, servis atau baikpulih atau daftar sebuah kereta Honda dalam tempoh masa peraduan

Penyertaan tidak terhad. Jadi, lebih banyak penyertaan dibuat, lebih tinggi peluang anda untuk menangi sebuah Honda baharu. Pemenang akan diumumkan dalam Grand Finale pada Mac 2021 nanti.

Untuk maklumat lanjut, layari honda.com.my/1milliondreams/entry, lawati mana-mana wakil pengedar sah Honda atau hubungi 1-800-88-2020.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here