Nike SB Dunk Low ‘Gulf’, sneaker yang diinspirasikan dari Porsche 917K 1970

2653

Nike telah memperkenalkan versi baharu bagi kasut Dunk mereka yang popular, dimana ia diinspirasikan dari Porsche 917K Gulf 1970.

nike porsche

Dikenali sebagai Nike SB Dunk Low ‘Gulf’, kasut ini menampilkan skema warna biru dan oren Gulf Oil. Kasut ini juga disertakan dengan tali berwarna hitam, logo Nike berwarna putih dan nombor 58 pada bahagian sisi.



Nike SB Dunk Low ‘Gulf’ akan dilancarkan di Jepun pada 27 Februari, dan akan tiba di Amerika Syarikat pada pertengahan bulan Mac dengan harga USD100 (RM405).

nike porsche

Walaupun harga tersebut agak berpatutan, menurut Input Mag, harga kasut ini sudah dinaikkan oleh pengedar seperti StockX dengan harga lebih dari USD400 (RM1,621), membuktikan ianya diterima dengan baik di kalangan peminat sneaker.

Ini bukan kali pertama versi Nike SB Dunk yang diilhamkan oleh Porsche dilancarkan. Pada akhir tahun 2020, Nike memperkenalkan SB Pink Dunk Low ‘Pink Pig’, yang diilhamkan oleh Porsche 917/20 Coupe yang popular dengan panggilan ‘Pink Pig.’

nike porsche

Kereta tersebut pernah menyertai perlumbaan 24 Hours of Le Mans pada tahun 1971 dan muncul sebagai kereta terpantas semasa sesi kelayakan pra-perlumbaan. Malangnya, ianya gagal menamatkan perlumbaan.

nike porsche

Seperti Porsche 917/20 Coupe, Nike SB Dunk Low ‘Pink Pig’ disertakan dengan warna merah jambu dan kemasan merah, putih, dan hitam.

Nike SB Dunk Low ‘Gulf’

Nike SB Pink Dunk Low ‘Pink Pig’

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here