Pada Januari 2016 yang lalu, penala dari Jepun, Kuhl Racing mempamerkan sebuah Nissan GT-R R35 yang menarik di dunia. Jentera tersebut kini sedang dijual di Dubai.
Apa yang menarik tentang GT-R ini ialah pada bahagian luarannya, dimana ia disertakan dengan kit badan dan ukiran yang dibuat dengan tangan.
Keseluruhan badannya juga dicat dengan warna emas, termasuk pada bahagian yang sudah dilapisi kemasan krom.
Kerja-kerja ubah suai ini sudah tentu memerlukan kemahiran kerja yang tinggi, dan oleh sebab itu harga jentera ini juga agak mahal iaitu USD550,000 (RM2.2 juta).
Selain warna badan yang sangat menarik, Nissan GT-R ini turut diberikan set rim dwi tona hitam dan krom, sistem suspensi yang direndahkan dan kehadiran sayap kustom di bahagian belakang dengan rekaan swan neck (leher angsa).
Selain bahagian luaran, Kuhl Racing telah mengubah suai enjin V6 3.8-liter twin-turbo jentera ini bagi membolehkannya menghasilkan sehingga 820hp, dan menyertakan sistem ekzos titanium.
Untuk ruangan dalam, jentera ini disertakan dengan tempat duduk jenis bucket Recaro, serta kemasan warna emas pada beberapa bahagian seperti konsol tengah, corong pendingin hawa dan pemegang pintu.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar