Gara-gara seekor kucing mengamuk, sebuah pesawat komersial di Sudan terpaksa berpatah balik dan mendarat cemas.
Kejadian itu berlaku ketika pesawat Tarco Airlines itu baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum dan sedang dalam perjalanan menuju ke Doha pada Rabu lalu.
Difahamkan, keadaan bertukar kecoh selepas kucing itu memasuki kabin juruterbang secara tiba-tiba kira-kira setengah jam selepas penerbangan.
Kucing itu kemudiannya bertindak agresif menyerang kru dan keadaan dilaporkan menjadi semakin tidak terkawal selepas mereka gagal menangkap kucing tersebut walaupun pelbagai usaha dibuat.
Juruterbang yang bimbang dengan keselamatan penumpang lain akhirnya memutuskan untuk berpatah balik ke Khartoum.
Siasatan awal mendapati haiwan itu mungkin menyelinap masuk ke dalam pesawat Tarco Airlines ketika sesi pembersihan dalaman pesawat atau prosedur pemeriksaan kejuruteraan.
Pada 2004, sebuah pesawat penerbangan Belgium yang membawa 62 penumpang juga terpaksa berpatah balik selepas seekor kucing mengamuk hingga mencetuskan kekecohan di kokpit.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar