Satu masa dulu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan penggunaan bahasa kebangsaan pada nama kereta keluaran tempatan seperti Perodua Kancil, Perodua Rusa, Proton Saga dan Proton Wira.
Tetapi kini, bahasa kebangsaan tidak lagi digunakan pada model-model kereta terbaru keluaran tempatan dan digantikan dengan nama dari bahasa asing. Itu luahan perkongsian seorang pengguna platform Twitter @aamirmisra baru-baru ini.
Kereta dan Bahasa Melayu
Dahulu kita berbangga dengan Kancil, Rusa, Kembara, Kenari dan Kelisa. Semuanya guna bahasa Melayu.
Selepas itu muncul Viva (Latin), Nautica (Latin), Alza (Sepanyol), Myvi (Inggeris, singkatan daripada My Vision) dan Axia (Greek).
— Amīr ud-Dīn MR 🇲🇾🇪🇬 (@aamirmisra) March 4, 2021
Seketika seperti ada harapan untuk bahasa Melayu apabila muncul Aruz (berdasarkan perkataan 'arus') dan Bezza (berdasarkan perkataan 'beza').
Terbaharu, nama Ativa dipilih daripada bahasa Portugis.
Rupa-rupanya, istilah dalam bahasa Melayu tidak laku di ranah sendiri.

Menurut Amir, menamakan kereta buatan tempatan dengan bahasa kebangsaan merupakan salah satu peluang untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ke mata dunia.
Jika kita lihat pada zaman ini, liputan industri automotif semakin mudah dan meluas dengan perkongsian di pelbagai platform internet.
Bahkan, kereta jenama tempatan sudah pun dieksport ke luar negara sekaligus dapat menaikkan bahasa kebangsaan ke arena antarabangsa.
Ciapan Amir turut dikongsikan oleh Ajar menerusi laman Facebook yang telah mendapat ratusan perkongsian dan pelbagai komen dari warganet mengenai perkara ini.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar