Polis Isle of Wight, sebuah pulau di pesisir selatan England, pada Sabtu lalu telah merampas sebuah Lamborghini Aventador SV.
Tindakan tersebut dibuat kerana pemilik Aventador SV tersebut gagal membayar cukai jalan sejak Ogos tahun lepas.
Menurut Yahoo News, di England, kenderaan yang menghasilkan lebih banyak pelepasan dikenakan cukai lebih tinggi daripada kenderaan yang menghasilkan pelepasan lebih sedikit.
Kadar yang paling mahal untuk cukai tersebut adalah pada £2,175 (RM12,413) untuk tahun pertama, dan tahun berikutnya akan dikenakan cukai sebanyak £150 (RM856).
Namun, jika harga sesebuah kenderaan melebihi £40,000 (RM228,294) seperti Aventador SV ini, pemiliknya perlu membayar cukai tambahan sebanyak £325 (RM1,854) dari nilai £150 (RM856).
Jadi secara keseluruhan, pemilik Lamborghini tersebut perlu membayar sebanyak £475 (RM2,711) untuk kesalahan yang dilakukan.
Jabatan polis Isle of Wight menyiarkan kes ini di laman Facebook mereka, dan mendapat pelbagai komen dari warganet.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar