Honda Malaysia semalam telah melancarkan Honda CONNECT, iaitu teknologi telematik yang membolehkan anda ‘berhubung’ dengan kereta menggunakan aplikasi telefon pintar.
Model Honda pertama yang boleh digunakan dengan Honda CONNECT ialah City RS e:HEV yang baru juga diumumkan harganya.
Fungsi utama dalam Honda CONNECT adalah Vehicle Diagnostics, Remote Applications, Security Applications, Vehicle Tracking dan Support Services.
Kemudian dalam fungsi Safety dan Security, Honda CONNECT mempunyai fungsi-fungsi seperti Automatic Collision Detection System, Security Alarm Detection, Speed Alert, Find My Car, Geo-Fencing Alert dan Emergency Call.
Automatic Collision Detection – Memberikan bantuan pantas kepada pemandu melalui 20 Hours Roadside Assist Call Center sekiranya berlaku kemalangan atau meletupnya beg udara di dalam kereta. Notifikasi khas akan diberi kepada pengguna dan memastikan bantuan tiba.
Security Alarm Detection – Memantau kereta pemilik walau dari mana sekalipun, dan notifikasi khas akan diberikan sekiranya pintu, but atau hud depan dibuka secara paksa.
Find My Car – Fungsi ini pula membolehkan pemilik menjejak kenderaan dengan mudah. Jadi tak perlu risau lagi terlupa tempat parkir di pusat beli-belah!
Speed Alert dan Geo-Fencing Alert – Fungsi ini akan memberikan notifikasi kepada pemilik apabila kereta mereka dipandu melebihi had laju dan parameter yang telah ditetapkan. Had ini boleh ditentukan sendiri oleh pemilik.
Remote Vehicle Control – Salah satu fungsi utama di sini adalah kebolehan mengunci atau membuka kunci kereta dari jauh. Ciri ini juga berguna jika pemilik tiada berdekatan tetapi perlu minta bantuan ahli keluarga untuk ambil barang di dalam kereta.
Selain itu, fungsi ini boleh digunakan untuk menghidupkan atau mematikan enjin, pendingin hawa, atau membuka lampu.
Remote Diagnostic Support – Dengan fungsi ini, ia mampu mengesan sebarang isu dengan 11 penunjuk utama seperti sistem ABS, brek, keadaan enjin, sistem pengecasan, stereng kuasa dan sebagainya.
One-to-One Message – Fungsi ini mampu memberi peringatan mengenai perkara seperti servis penyelenggaran, pembaharuan insurans dan cukai jalan. Sebagai tambahan, Social Network Services (SNS) membolehkan pemilik berkongsi maklumat kenderaan seperti perjalanan ke platform media sosial mereka.
Aplikasi Honda CONNECT boleh dimuat turun melalui Google Playstore dan Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.my.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar