Jurujual pandu Proton X50 pelanggan sampai 180km/j, kemalangan hingga total lost

7864

Bagi pembeli kereta pastinya teruja apabila tiba masa hari penghantaran kereta baharu yang diidamkan sejak sekian lama.

Namun bila nasib malang, kereta yang dinantikan tidak tiba, sebaliknya total lost pula.



Itulah yang terjadi semalam apabila tular kisah sebuah Proton X50 yang kemalangan dan total lost. Ia dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk dihantar kepada pelanggan yang berada di Johor Bahru.

x50 kemalangan

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puteri TopSales, yang merupakan seorang bekas penasihat jualan Proton telah berkongsi satu hantaran bagi menceritakan hal sebenar dan membersihkan nama beliau akibat kemalangan yang berlaku.

Menurut Puteri, dia telah berurusan dengan pelanggan semenjak empat bulan lalu. Walaupun dia tidak lagi bersama Proton, dia masih berurus niaga menjual kereta atas kepercayaan pelanggannya.

x50 kemalangan

Kereta pelanggan ini telah didaftar pada 1 Mac 2021 dan dirancang untuk dihantar dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 6 Mac 2021. Oleh sebab Puteri tidak lagi bekerja sebagai penasihat jualan Proton, dia telah dimaklumkan untuk tidak menghantar kereta pelanggan bersendirian.

Berikut ialah kisah di sebalik kemalangan ini:

Ekoran kejadian tersebut, Puteri telah membuat satu cover report polis bagi mempertahankan diri dan menjaga nama baiknya.

Dia berharap semua orang dapat mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku dan Puteri tetap berjumpa dengan pelanggannya bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Bagi Azmi pula, syukur kerana dia tidak mengalami sebarang kecederaan dari kemalangan tersebut.

Seomga pemilik bersabar dan redha dengan kejadian ini. Sudahlah lama menunggu Proton X50 yang ditempah, bila jadi begini, terpaksa tunggu lagi. Moga ada rezeki lain di masa akan datang.

Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik untuk semua pihak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here