Boon Siew Honda telah memperkenalkan CRF250 Rally 2021 untuk pasaran Malaysia dengan beberapa penambahbaikan.
Membawakan DNA rali Dakar, antara ciri utama pada CRF250 Rally 2021 ini adalah:
- Nisbah kotak gear yang ditala semula untuk pecutan dan meluncur dengan lebih baik
- Pengendalian dan kelincahan yang ditambah-baik untuk melalui pelbagai permukaan jalan
- Penambahan klac Assist/Slipper untuk pengendalian lebih baik
- Keselesaan ditambah-baik dengan berat lebih rendah, tempat duduk lebih lebar dan pemijak sisi getah
- Tangki minyak lebih besar iaitu 12.8-liter serta paparan LCD dengan fungsi baharu
Seperti pada namanya, Honda CRF250 Rally dikuasakan oleh enjin 250cc silinder tunggal 4-lejang dengan sejukan cecair, menghasilkan 18.3kW (24.5hp) pada 9,000rpm dan 23Nm tork pada 6,500rpm.
Menurut Honda Boon Siew, output enjin ini ialah terbaik dalam kelasnya. Enjin ini juga menampilkan pembaharuan pada pembersih udara, peredam ekzos dan pemasaan pembakaran. Kesemua ini memberikan output tinggi dan linear walau di rpm rendah.
Suspensi adalah dari fork terbalik 43mm di depan, dan Pro-Link di belakang. Brek ABS di depan dan belakang juga kekal sebagai standard. Satu fungsi tambahan ialah ABS belakang ini boleh dipadamkan semasa tunggangan off-road.
Dari segi penampilan pula, CRF250 Rally diberikan lampu depan LED yang direka semula serta lampu signal sisi dengan struktur pemegang getah.
Honda CRF250 Rally 2021 ini hadir dengan warna Extreme Red, dan dijual pada harga RM27,599.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, lawati pengedar-pengedar Honda BigWing, Impian atau Impian X, atau layari www.boonsiewhonda.com.my.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar