
Nissan dan Mitsubishi difahamkan sedang dalam proses memperkenalkan sebuah minicar elektrik yang akan mula dijual di Jepun pada harga kurang dari ¥2 juta (RM75.5k) termasuk subsidi.
Menurut laporan dari media tempatan, kedua-dua pengeluar tersebut bersama-sama menghasilkan kei car elektrik dengan menggunakan platform dan pek bateri yang sama.
EV ini dijangka akan menawarkan jarak pemanduan tidak lebih 200km.
Menurut Nikkei Asia, harga EV tersebut berkemungkinan boleh turun sehingga ¥500,000 (RM18k), setelah mengambil kira subsidi tempatan di bandar-bandar seperti Tokyo.
Kei car merupakan daya tarikan yang tinggi di Jepun, sehingga ianya menyumbang hampir 40 peratus dari semua jualan kereta di negara itu. Oleh itu, kei car elektrik sangat penting dalam meningkatkan populasi kenderaan elektrik.
Harga EV yang berpatutan dari Nissan dan Mitsubishi ini pasti akan membantu meluaskan daya tarikan dan meningkatkan jualan.
Beberapa kenderaan elektrik akan memasuki pasaran Jepun pada tahun akan datang, termasuk kenderaan dari syarikat minyak, Idemitsu Kosan dengan harga antara ¥1 juta (RM37.7k) hingga ¥1.5 juta (RM56.6k).

Toyota C+ Pod juga akan memasuki pasaran Jepun, dimana EV ini menawarkan motor elektrik yang mampu menghasilkan 12.3hp dan 56Nm tork, bateri 9.06 kWh dan harga antara ¥1.65 juta (RM62.3k) hingga ¥1.716 (RM64.8k).
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar