Aplikasi POMEN berkembang pesat di musim PKP, tambah jaringan dengan Petronas AutoExpert  

1891

Tersangkut di tengah jalan akibat kerosakan kenderaan memang memeningkan kepala dan menyukarkan urusan kerja seharian. Kadangkala, akibat kesibukan kita terlupa dan tidak sempat untuk menghantar kereta untuk servis dan penyelenggaraan.

Aplikasi telefon pintar POMEN, ialah solusi untuk para pemandu mendapatkan bantuan dan tempahan dengan bengkel kereta yang berdekatan. Ianya menyediakan perkhidmatan bantuan 24 jam/7 hari seminggu.



Setelah dua tahun beroperasi sejak 2019, POMEN kini telah dimuat turun oleh lebih 20,000 pengguna telefon pintar.

Musim Covid-19 dan PKP ternyata membawa cabaran baharu buat semua. Namun, POMEN memandang ia sebagai satu batu loncatan untuk perkembangan perniagaan.

Menurut CEO POMEN Autodata Sdn Bhd, Syed Zulhilmi Tuan Sharif: “Kami dapati selepas PKP1 pada Mac 2020, muat turun aplikasi POMEN meningkat sehingga 50%.

“Ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan servis seperti penukaran bateri dan minyak enjin di rumah apabila kereta tidak digunakan pada masa yang agak lama.

“Dengan aplikasi POMEN, pengguna hanya perlu membuat tempahan mengikut masa kesesuaian sendiri. ‘Convenience is the key!’, orang ramai lebih mementingkan kemudahan dan keselamatan pada musim PKP,” tambahnya.

Sehingga kini, terdapat lebih 600 bengkel berdaftar di dalam aplikasi POMEN yang bertumpu di sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, serta beberapa bandar-bandar besar.

Antara servis yang ditawarkan termasuklah perkhidmatan servis kenderaan, penukaran bateri atau jump-start, penukaran tayar serta kerosakan kenderaan.

Dalam perkembangan terbaharu POMEN pada Mac 2021, pihak nya juga telah bekerjasama dengan Petronas Lubricants Marketing Malaysia. Dengan ini, POMEN dan menambah sembilan cawangan bengkel Petronas AutoExpert ke dalam senarai bengkel berdaftarnya. 

Aplikasi POMEN boleh dimuat turun secara percuma di platform Google Play Store dan Apple App Store atau secara terus di https://download.pomenapp.com.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here