Sekumpulan anak muda dari Vietnam hasilkan replika Ferrari 488, modal hanya RM4k!

5905

Sekumpulan anak muda dari Vietnam telah mencipta replika sebuah Ferrari 488 dalam masa 3 bulan dengan melibatkan kos hanya USD1,000 (RM4,118) sahaja.

replika Ferrari 488

Ramai pengguna internet kagum dengan hasil kerja mereka sehingga berjaya mencuri tumpuan ‘carfluencer’ wanita terkenal dunia, Supercar Blondie.



Ketika artikel ini ditulis, hantaran menerusi laman Facebook rasmi Supercar Blondie telah mendapat 111k likes dan 13k komen dari warganet.

Relika Ferrari 488 ini kelihatan seakan-akan sama dengan model sebenar, dimana badannya diperbuat menggunakan gentian kaca dan gam komposit yang dilekatkan pada rangka badan dari bahan keluli.

Paling menarik sekali, replika ini boleh bergerak hasil daripada enjin pam air yang digunakan. Kereta ini dicat dengan warna merah dan boleh mengeluarkan lampu untuk dipandu pada waktu malam.

Enjin replika Ferrari 488 ini boleh dihidupkan dengan menarik tali pada bahagian enjin atau memusing tombol yang ada di ruangan kabin kereta.

Anak-anak muda yang membuat kereta replika ini dikenali sebagai NHET TV. Mereka pernah menjadi liputan berita utama sebelum ini dengan membuat beberapa model replika supercar lain seperti Bugatti Chiron, Mercedes SLS dan Lamborghini SVJ.

Selain itu, mereka turut membuat beberapa buah replika untuk model motosikal berkuasa tinggi seperti BMW S1000RR, Ducati Panigale V4S dan Kawasaki ZX-10R.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here