Semakin Pulih – Isyarat Dari Marquez

810

Ayam tambatan Honda Repsol, Marc Marquez hampir kembali semula ke gelanggang MotoGP.Isyarat semakin pulih dibuktikan dengan menunggang mini bike baru-baru ini.

Marquez juga memberi isyarat akan menyertai perlumbaan di Qatar pada 28 mac nanti.

Marc Marquez menegaskan,selepas lapan bulan dan setelah mendapat kelulusan doktor pada pemeriksaan terakhir,akhirnya mini bike tempatnya melepas kerinduan pada dunia motosikal.



Tangan kanan yang patah pada 19 julai lalu selepas terjatuh pada perlumbaan MotoGP pertama musim 2020 menyebabkan beliau terpaksa menjalani 3 pembedahan dan yang terakhir pada disember lalu.

Beliau kembali berlatih pada februari lalu dan positif terhadap proses pemulihan, namun belum memberi kata putus bila akan turun berlumba.

Badan saya merupakan naluri saya,jika badan saya pulih serta bersedia tiada sebab saya sekadar menjadi penonton MotoGP.

“Saya akan cuba kembali berlumba di Qatar”,luah Marquez yang jelas terlalu rindu untuk beraksi kembali di MotoGP.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here