Peminat terkejut, gadis bermotosikal ini sebenarnya seorang lelaki berusia 50 tahun

2603

Peminat kepada seorang gadis bermotosikal terkejut apabila mendapati individu tersebut sebenarnya adalah lelaki berusia 50 tahun.

gadis bermotosikal

Gadis bermotosikal warga Jepun itu, @azusagakuyuki meraih ramai pengikut di media sosial selepas menyiarkan gambar dirinya bergaya bersama motosikal atau menunggang di jalan.

Dengan rambut panjang berwarna merah, solekan mata dan mempunyai ciri-ciri feminin, ramai yang menganggapnya sebagai wanita muda.

Bagaimanapun, satu program TV Jepun telah membongkarkan perkara sebenar dan mendedahkan wanita itu sebenarnya merupakan seorang lelaki pertengahan usia, dengan rambut yang ikal mayang.

Dia mengaku ‘memancing’ peminatnya, dengan menggunakan aplikasi seperti FaceApp dan Photoshop bagi mengubah wajahnya untuk kelihatan feminin, seperti gadis berbanding dirinya sebenar.

Aplikasi tersebut membolehkan wajah seseorang diubah untuk kelihatan berlainan jantina, yang boleh mengaburi mata orang lain.

Sebelum ini, dia memberitahu tidak mempunyai ramai pengikut di Twitter ketika memuat naik gambarnya sendiri berbanding selepas memuat naik gambar gadis cantik di Twitter.

Dia kini memperoleh lebih dari 17,000 pengikut di Twitter dan meraih lebih ribuan tanda suka hingga tular di laman sosial.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here