Seorang lelaki di Poland amat tidak bernasib baik apabila masih belum memiliki lesen memandu kerana gagal ujian bagi mendapatkan lesen itu sebanyak 192 kali.
Dia yang berusia 50 tahun itu cuba berbuat demikian sejak 17 tahun lalu. Namun, keputusan ujian masih sama iaitu gagal. Pihak berkuasa Poland memaklumkan itu rekod gagal tertinggi untuk ujian memandu pernah dicatatkan di negara itu, setakat ini.
Lelaki dari Piotrkow Trybunalsk di tengah Poland itu belum pernah sekalipun menduduki ujian memandu di jalan raya. Sebaliknya, dia dilaporkan gagal pada peringkat ujian teori. Di Poland, ujian teori itu dijalankan menggunakan komputer.
Lelaki itu berusaha untuk lulus selama hampir dua dekad, tetapi tiada had umur ditetapkan untuk lulus ujian berkenaan.
Menurut stesen televisyen tempatan, Telewizja Polska (TVP), lelaki itu membelanjakan 6,000 Zloty (RM6,413) untuk menduduki 192 ujian berkenaan.
Polis mengendalikan peperiksaan itu mengakui ia agak susah namun ia tidak sepatutnya mengambil masa begitu lama.
Menurut pihak berkuasa, individu kedua yang dianggap paling teruk dalam ujian memandu di negara itu mencuba sebanyak 40 kali.
TVP melaporkan, kebanyakan rakyat Poland berjaya mendapatkan lesen memandu selepas mengambil ujian sebanyak dua atau tiga kali.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar