Pengeluar dari China, SAIC telah memperkenalkan satu unit edisi khas bagi model Roewe iMax 8, yang menjadikan MPV tersebut kelihatan lebih mewah.
Edisi khas MPV ini direka bentuk oleh seniman dari China iaitu Wang Kaifang.
Banyak kemasan emas disertakan pada MPV ini, termasuk pada bahagian gril depan, ruang kemasukan udara, lampu hadapan, cermin sisi, trim pintu, skirt sisi, fascia belakang dan logo pada bahagian luaran.
Selain itu, MPV ini juga dilengkapi dan satu set roda dengan kemasan emas.
Menurut Car News China, Wang merupakan seorang pemahat yang mempunyai banyak pengalaman menggunakan emas dalam karya seninya. Tiada info lebih lanjut mengenai ruangan dalam MPV ini, samada ianya disertakan dengan kemasan emas atau tidak.
Roewe iMax 8 ini dihasilkan berdasarkan Maxus G20 yang sudah dijual di China dengan konfigurasi enam, tujuh, dan lapan tempat duduk. MPV ini kini ditawarkan dengan dua pilihan enjin yang berbeza.
Pilihan yang pertama ialah enjin 1.5-liter 4-silinder turbo yang mampu menghasilkan 180hp, sementara pilihan kedua ialah enjin 2.0-liter 4-silinder turbo yang mampu menghasilkan 224hp.
Kedua-dua enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan dari Aisin, dan dalam masa terdekat, Roewe iMax 8 versi elektrik dijangka akan diperkenalkan dengan output sebanyak 200hp.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar