Perodua Myvi hilang kawalan, terbang lintas longkang besar

1643

Pemandu Perodua Myvi cedera selepas kenderaan itu hilang kawalan semasa memasuki Bulatan Jalan Indah, Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor Bahru, semalam.

myvi hilang kawalan

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Myvi berkenaan bergerak lurus pada bulatan menyebabkan ia ‘terbang’ merempuh pagar bunga dan seterusnya melintasi longkang besar sebelum melanggar pokok.



Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, akibat kejadian itu, pemandu berusia 27 tahun luka di muka dan tangan.

“Siasatan mendapati punca kemalangan disebabkan pemandu hilang kawalan semasa memasuki bulatan. Pemandu bergerak lurus merempuh pagar bunga seterusnya melintasi longkang besar, melanggar pokok dan berhenti,” kata Dzulkhairi.

“Akibat perlanggaran itu, pemandu tersepit di kaki dan bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan. Mangsa tidak mabuk dan tidak berada dalam pengaruh dadah.

“Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan menaiki ambulans,” tambahnya.

Dzulkhairi berkata, semasa kejadian, jalan dua lorong sehala itu adalah kering serta berlampu. Kenderaan itu kemek di bahagian hadapan, bonet dan beberapa lagi kerosakan.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here