Buang masa je semua ujian top speed ni – Callaway

1445

“Saya tak tahu apa nilai ujian top speed (kelajuan maksima) ini selain dari modal berlagak,” kata Reeves Callaway. Beliau merupakan pengasas Callaway Cars yang dulunya juga bersaing dalam rekod kereta terpantas di dunia.

Dalam satu temuramah bersama Muscle Cars & Trucks, Callaway berkata berkenaan kemungkinan (atau ketiadaan) pengganti SledgeHammer. Baginya, membuat rekod top speed tidak penting bagi pemilik-pemilik kereta Callaway, dan lebih kepada membazir masa.



Untuk yang belum mengetahui, Callaway Cars pernah suatu masa dulu menghasilkan satu unit Chevrolet Corvette C4 yang mendapat nama SledgeHammer. Jentera ini mencatatkan kelajuan 254.76 batu sejam (410km/j) di Transportation Research Centre 33 tahun dahulu.

Ia bukanlah rekod Guinness World Record, tetapi cukup untuk membuktikan bahawa Corvette mampu untuk memegang rekod top speed selama lebih 20 tahun.

Video berdurasi 42 minit itu menyingkap kisah Callaway yang memecah rekod kelajuan. Tetapi bila ditanya sama ada Callaway ada perancangan untuk menghasilkan pengganti SledgeHammer, Reeves berkata ‘tiada’.

“Jawapan mudah hari ini ialah tidak,” katanya. “Masalah besar untuk demonstrasi kelajuan bukanlah menghasilkan kereta yang mampu melakukannya, tetapi mencari tempat selamat yang kita boleh lakukannya.”

Mungkin sukar, tetapi tidak mustahil juga.

SSC Tuatara membuktikan bahawa ia boleh dilakukan, sama ada di lebuhraya awam di Nevada atau di John Bohmer Proving Grounds.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here