Ubahsuai ekzos takkan buat motosikal jadi lebih laju – Wazi Abdul Hamid

2551

Bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid menegaskan bahawa ubahsuai ekzos tidak akan membuatkan motosikal bertambah laju, malah tiada kajian yang membuktikannya.

Katanya, hanya modifikasi enjin dan komponen lain sahaja yang boleh menambah kelajuan.



“Sebenarnya modifikasi enjin seperti karburetor dan komponen lain sahaja yang boleh menambah kelajuan, bukan ekzos. Tidak ada kajian yang membuktikan perkara itu,” kata Wazi.

Menurutnya lagi, penggunaan ekzos diubahsuai ini hanya boleh dihadkan seperti untuk tujuan perlumbaan sahaja dan bukan di jalan raya.

Dalam perkembangan lain, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, operasi kesalahan pengubahsuaian ekzos motosikal yang dijalankan PDRM di seluruh negara bukan bertujuan ‘mencari wang untuk kerajaan’ ketika pandemik Covid-19 seperti yang didakwa sesetengah pihak.

ubahsuai ekzos

Sebaliknya beliau berkata operasi tersebut bertujuan untuk mendidik pemilik kenderaan agar menghormati hak dan ketenteraman awam.

Pihak polis sendiri sebenarnya banyak terima aduan orang awam terutama di kawasan perumahan yang merayu agar sesuatu dapat dilakukan tentang bunyi bising dari motosikal yang diubah suai.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here