Versi hibrid untuk Nissan GT-R sebelum tamat pengeluaran?

2090

Boleh dikatakan nama Godzilla ini tahan lama dari segi prestasi dan jangka hayatnya. Dan khas untuk GT-R R35, hampir enam bulan sekali pasti ada berita ura-ra mengenai masa depan supercar ini.

Terbaharu, dikatakan GT-R akan mendapat sistem mild hybrid atau hibrid ringan. Dipetik oleh Motor1.com, ura-ura ini asalnya dilaporkan oleh Best Car dan biasanya berita dari publikasi Jepun ini jarang menjadi kenyataan.



Tetapi ada masanya menjadi realiti, dan perkembangan ini juga agak menarik.

Menurut laporan itu, Nissan akan menala semula enjin V6 twin-turbo GT-R dan memasang generator penghidup 48-volt, menjadikan satu sistem mild hybrid.

Nissan GT-R R35 2011. imej: CarsGuide

Ini akan mencapai dua objektif: Membantu GT-R menepati piawaian pelepasan (emisi) yang lebih ketat dan terkini, serta menambah sedikit kuasa pada enjinnya.

Best Car malah turut mendedahkan perincian bahawa sistem ini akan menambah sebanyak 27hp kepada kuasa GT-R sedia ada.

Apa pun, ia akan menggantikan GT-R dengan enjin pembakaran dalaman sepenuhnya bermula pada 2022 dan akan berada dalam pasaran sehingga 2024.

Pada masa yang sama, Best Car turut berkata GT-R Final Edition akan menutup tirai R35 dengan kuasa 710hp tanpa sebarang sistem hibrid. 20 unit dikatakan bakal dihasilkan.

Adakah anda rasa GT-R akan benar-benar menerima sistem hibrid nanti?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here