Mahkamah akan putuskan siapa pemilik Ferrari F50 yang disita di sempadan Kanada-Amerika Syarikat

10801

Mahkamah di Amerika Syarikat akan membuat keputusan untuk menentukan pemilik sah Ferrari F50 yang disita di sempadan Kanada-Amerika Syarikat pada 2019.

Ferrari rare ini merupakan salah satu daripada 349 unit yang pernah dihasilkan dan difahamkan telah dihantar dari Quebec, Kanada kepada seorang pengumpul kereta di Florida pada Disember 2019.



Namun, pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan di Peace Bridge Port of Entry di Buffalo, New York, menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan supercar ini dimana nombor casisnya telah dilitupi dengan bahan seperti tar.

Setelah mendapatkan maklumat dari pihak Ferrari dan Biro Jenayah Insurans Nasional, F50 sebenarnya telah dicuri pada Mac 2003 dari sebuah garaj yang terletak di Imola, Itali.

Ferrari F50

Menurut seorang rakyat Itali iaitu Paolo Provenzi, dia dan ayahnya membeli supercar tersebut kira-kira sebulan sebelum ianya dicuri.

Provenzi mahukan kembali supercar miliknya yang telah dicuri. Namun, F50 itu juga dituntut oleh seorang lelaki dari Florida, Mohammed Alsaloussi yang membelinya pada September 2019 dengan harga USD1.435 juta (RM5.5 juta), dan telah mengimportnya ke Amerika Syarikat.

Menurut peguam, Alessandra Piras yang mewakili Provenzi, F50 pernah berada di seluruh dunia. Sementara itu, peguam Alsaloussi, Richard O’Neill mengatakan bahawa pelanggannya merupakan pemegang hak milik dan pendaftaran supercar tersebut, dan tidak tahu ianya dicuri.

“Baru-baru ini kami dapat tahu bahawa supercar tersebut juga dituntut oleh individu lain,” kata O’Neill.

“Kami mempunyai banyak pertanyaan mengenai supercar ini dan kes kecuriannya pada tahun 2003. Sekiranya pihak lain yang menuntut muncul dalam kes ini, kami ingin membuat penyelidikan yang mendalam mengenai fakta dan keadaan di sekitar tuntutannya.

“Kami telah sabar menunggu pengajuan tindakan ini dan berharap dapat menyelesaikan masalah ini,” tambahnya.

Pemilik Ferrari F50 ini masih tidak dapat ditentukan, dan menurut pejabat peguam Amerika Syarikat, sudah tiba masanya mahkamah menentukan pemilik sah supercar tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here