Suzuki Gixxer SF 250 diperkenalkan di Thailand, harga RM17k

1286

Suzuki Thailand secara rasmi memperkenalkan sebuah motosikal sport full-fairing terbaharu, iaitu Gixxer SF 250. Ini adalah model pertama dilancarkan Suzuki Thailand untuk tahun ini.

Motosikal direka menggunakan konsep ‘Lifestyle Sport Bike’, dimana ianya dibangunkan dari segi reka bentuk moden yang diilhamkan daripada rekaan Eropah.



Selain itu, ia juga mempunyai prestasi sesuai untuk penggunaan harian dan jarak jauh. 

Suzuki Gixxer SF 250

Dikuasakan oleh enjin 249.1cc SOHC, motosikal ini mampu memberikan prestasi tunggangan yang baik, selain turut menggunakan teknologi yang digunakan dalam perlumbaan bertaraf dunia iaitu teknologi dari jentera MotoGP dan SOCS (Suzuki Oil Cooling System).

Suzuki Gixxer SF 250

Gixxer SF 250 dilengkapi dengan lampu depan dan belakang menggunakan LED untuk pencahayaan lebih jelas, dan paparan tolok digital LCD yang memaparkan pelbagai informasi.

Teknologi Intelligent Push Start System turut disediakan, bagi memudahkan penunggang menghidupkan motosikal.

Suzuki Gixxer SF 250

Untuk sistem brek, motosikal ini menggunakan cakera depan bersaiz 300mm sama seperti jentera berkuasa tinggi serta angkup brek dari BYBRE By Brembo. Sistem ABS turut ada pada brek depan dan belakang.

Di Thailand, Suzuki Gixxer SF 250 mula dijual pada harga ฿128,800 (RM17,162).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here