Diskaun 50 peratus dengan aplikasi MyBayar Saman

2184

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) hari ini mengumumkan diskaun sehingga 50 peratus melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman sempena pelancarannya hari ini.

Pengurangan kompaun itu juga adalah sebahagian kempen bayar saman PDRM melalui Facebook JSPT hari ini.



Kempen dengan menawarkan diskaun tersebut bermula hari ini (25 Mac) sehingga 11 April 2021 tertakluk terma dan syarat.

Dalam sebuah hantaran Facebook JSPT menguar-uarkan pelancaran portal atas talian dan aplikasi MyBayar Saman itu bagi membolehkan orang ramai membayar terus saman mereka.

Portal itu dilancarkan hari ini oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador di Bukit Aman.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here