Volvo Cars menawarkan polisi cuti bersalin bergaji kepada semua lebih 40,000 pekerjanya di seluruh dunia, di semua pejabat dan kilang, tanpa mengira jantina.
Polisi dengan nama ‘Family Bond’ itu layak untuk pekerja yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun dengan cuti maksimum 24 minggu, dan mendapat 80 peratus dari gaji asas mereka.
Polisi ini boleh diambil oleh ibu atau bapa, pada bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun pertama menjadi ibubapa.
CEO Volvo Cars, Håkan Samuelsson berkata, “Kami mahu mewujudkan satu budaya yang menyokong kesamarataan untuk semua jantina.”
“Apabila ibubapa disokong untuk menyeimbangkan kehendak keluarga dan kerja, ia membantu merapatkan jurang jantina dan mmebantu mereka lebih cemerlang dalam kerjaya.”
Tambah Samuelsson, “Kami sentiasa dikenali sebagai syarikat yang mementingkan keluarga dan manusia. Dengan polisi ini, kami menunjukkan nilai-nilai kami yang juga akan mengukuhkan jenama ini.”
Akhtar Sulaiman, Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia berkata: “Ini suatu langkah besar untuk Volvo, dimana kami berbesar hati memanjangkan keistimewaan Family Bond kepada rakan-rakan sekerja kami di Malaysia.”
Polisi global Volvo Cars ini diinspirasikan oleh undang-undang negara asalnya iaitu Sweden yang terkenal dengan cuti ibubapa yang banyak.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar