Berita penting kali ini! Naza Eastern Motors Sdn Bhd semalam dengan berbesar hati mengumumkan bahawa Suzuki akan kambali ke Malaysia!
Ya betul!
Pelantikan syarikat itu sebagai pengedar Suzuki di sini ialah bersempena dengan ulangtahun ke-45 Naza Group.
SM Nasarudin SM Nasimuddin, Group Executive Chairman/CEO Naza Corporation Holdings berkata: “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan gergasi automotif Jepun yang berjaya menawan hati pelanggan di Malaysia semasa mereka di sini.
“Pasukan kami di Naza Eastern Motors komited untuk memastikan kami meneruskan reputasi baik Suzuki dengan memberikan produk-produk tahan, menarik dan meriangkan.”
Sementara itu, Kinji Saito, Pegawai Urusan Senior, Pengurus Besar Am di Suzuki Motor Corporation berkata, “Kami sangat gembira untuk kembali ke pasaran Malaysia dengan Naza sebagai pengedar.
“Pengalaman kami di Malaysia sebelum ini sangat memberangsangkan dengan penerimaan baik dari pelanggan, dan kami menghargai kepercayaan berterusan terhadap Suzuki.”
Bilik pameran 3S pertama Suzuki akan dibuka di Naza Automall, Petaling Jaya di tepi Lebuhraya Persekutuan, di tengah-tengah negeri Selangor.
Lebih mengujakan lagi, model pertama Suzuki akan dilancarkan di Malaysia pada bulan ini! Rasa-rasa model apa ye?
Nantikan kemaskini dan laporan kami nanti.
Sementara itu, mereka yang berminat boleh melayari laman Facebook dan Instagram Suzuki Malaysia atau lawati www.suzukimalaysia.com.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar