Tarikh 1 April merupakan satu tarikh dimana kita boleh lihat pelbagai jenama terkenal di serata dunia akan mengumumkan produk atau servis ‘terbaharu’ sebagai satu bahan jenaka khas untuk tarikh tersebut.
Baru-baru ini pihak Volkswagen telah memohon maaf kerana niat mahu ‘melawak’ sempena tarikh 1 April atau April Fools telah memakan diri apabila beberapa agensi media seperti AFP menemplak tindakan tersebut sebagai ‘breach of trust’.
Sehari sebelum tarikh itu, wakil pengeluar dari Jerman itu ada memberitahu akan menukar nama anak syarikatnya di Amerika Syarikat dari Volkswagen kepada ‘Voltswagen’ kerana mahu fokus kepada pengeluaran kereta elektrik.
We know, 66 is an unusual age to change your name, but we’ve always been young at heart. Introducing Voltswagen. Similar to Volkswagen, but with a renewed focus on electric driving. Starting with our all-new, all-electric SUV the ID.4 – available today. #Voltswagen #ID4 pic.twitter.com/pKQKlZDCQ7
— Volkswagen (@VW) March 30, 2021
Pengumuman tersebut telah menjadi tanda tanya kepada semua pihak, tetapi wakil syarikat telah ‘mengesahkan’ kenyataan tersebut, lalu ia menyebabkan berita tersebut mendapat liputan media antarabangsa secara meluas.
Setelah liputan telah meluas, akhirnya Volkswagen membuat pengakuan bahawa idea ‘Voltswagen’ tersebut cumalah satu jenaka yang diilhamkan oleh pasukan pemasaran mereka sahaja. Tindakan tersebut telah menyebabkan banyak pihak berang.
Dear Volkswagen: You lied to me. You lied to AP, CNBC, Reuters and various trade pubs. This was not a joke. It was deception. In case you hadn’t noticed, we have a misinformation problem in this country. Now you’re part of it. Why should anyone trust you again? https://t.co/1rcKT7p0u5
— Nathan Bomey (@NathanBomey) March 30, 2021
Ramai petugas media ‘tidak berpuas hati’ dan mereka telah meluah rasa kecewa terhadap gimik pemasaran yang dibuat oleh Volkswagen. Perbuatan tersebut seolah-olah mereka tidak sensitif dan mempermainkan kredibiliti petugas media.
Nampaknya Volkswagen telah ‘menghakis’ kepercayaan daripada pihak media kerana ‘tempias’ jenaka yang mereka buat baru-baru ini.
I feel compelled to chime in a bit on the Voltswagen thing. I've been covering April Fools for many years. I've seen through a zillion deliberately misleading, false press releases, all part of the "fun".
This is the first time my team has been directly and repeatedly lied to /1
— Tim Stevens (@Tim_Stevens) March 31, 2021
Mungkin pengeluar dari Jerman ini akan mengharungi hari dan masa yang sukar untuk memulihkan semula kepercayaan kesemua pihak.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar