Keputusan rentas negeri balik kampung sempena Aidilfitri di tangan KKM – Ismail Sabri

3262

Perjalanan rentas negeri untuk balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang hanya boleh ditentukan selepas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

rentas negeri aidilfitri
gambar hiasan

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk membuat keputusan tidak mudah memandangkan balik kampung merupakan salah satu penyumbang utama peningkatan kes jangkitan Covid-19.

“Saya ambil contoh negeri Kelantan. Sebelum ini Kelantan negeri hijau, tetapi ia menjadi negeri merah selepas perjalanan balik kampung pada Disember.



“Sama juga dengan Sarawak. Ia juga dahulunya negeri hijau, tetapi selepas musim balik kampung untuk Krismas, kita dapat tengok Sarawak jadi negeri merah dan sehingga hari ini, masih ada beberapa bahagian yang merah,” katanya dalam satu temubual.

30 individu berpatah balik

Tambah Ismail Sabri, KKM menjangkakan jumlah kes baharu boleh diturunkan ke angka 500 sekitar Mei depan, namun tidak dapat dipastikan berapakah jumlah angka yang dikira selamat untuk membolehkan perjalanan balik kampung dibenarkan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan perjalanan rentas negeri untuk aktiviti pelancongan hanya dibenarkan daripada negeri hijau ke negeri hijau melalui agensi pelancongan.

“Ramai yang masih salah faham. Melancong hanya dibenarkan dari negeri hijau ke negeri hijau dan melalui agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.

“Ini kerana, melancong dengan agensi memudahkan kawalan SOP. Contohnya, kalau pelancong itu pergi sendiri, mungkin dia akan melencong ke tempat lain.

“Tetapi dengan agensi berdaftar, semua sudah diaturkan termasuk pengangkutan yang sesuai. Jadi mudah untuk dikawal dan pelaksanaan SOP boleh dipantau,” ujarnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here