Menjelang bulan Ramadhan minggu hadapan, sudah pasti ramai individu ingin pulang ke kampung bagi menziarahi ibu bapa tercinta.
Namun begitu, hasrat dan keinginan itu perlu dilupakan segera kerana negara kita masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana semua maklum bahawa aktiviti merentas negeri masih tidak dibenarkan.
Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim memaklumkan pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya menjelang bulan Ramadhan yang akan datang.
Menurutnya, mana-mana individu yang hanya mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.
“Pelbagai cara digunakan orang awam untuk rentas negeri untuk balik ke kampung, jadi PDRM akan memperketatkan semua pemeriksaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi memastikan tiada yang terlepas,” tambah Zainal Abidin.
Menurutnya lagi, jika ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar