Tiger Woods kemalangan kerana pandu terlalu laju

1346

Bintang golf, Tiger Woods memandu hampir dua kali ganda dari had laju yang ditetapkan iaitu 72km/j ketika dia terlibat dalam kemalangan di California pada Februari lalu, kata Syerif Daerah Los Angeles semalam.

tiger woods

Genesis GV80 yang dipandu Tiger Woods bergerak selaju 140km/j sebelum terbabas dan terbalik beberapa kali semasa kemalangan di Ranchos Palos Verdes, menyebabkan juara 15 kali itu cedera serius pada kaki kanannya.



“Punca utama kemalangan adalah memandu pada kelajuan tidak selamat berdasarkan keadaan jalan dan kegagalan mengambil selekoh.

“Anggaran kelajuan pada masa kemalangan adalah antara 135-140km/j,” kata Syerif Alex Villanueva.

Lanjut Alex, tiada tanda-tanda ‘gangguan semasa memandu’ manakala Woods, 45, secara sukarela membenarkan keputusan siasatan itu didedahkan kepada umum.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here