Kos naik taraf A45 jadi Brabus B45 dah boleh beli sebuah BMW M3!

8479

Pada awal tahun ini, Brabus memperkenalkan pakej penalaanya untuk Mercedes-AMG A45S, dan kos untuk proses tersebut kini diumumkan.

Brabus b45

Menurut laman web rasmi Brabus, kos naik taraf untuk Mercedes-AMG A45S bernilai USD105,462 (RM436,190), dan kos ini lebih mahal daripada harga sebuah BMW M3, yang berharga pada USD97,616 (RM403,739) di Jerman.



Kos tersebut juga bahkan lebih mahal daripada Porsche 718 Cayman GTS 4.0 yang berharga USD98,663 (RM408,070).

Brabus b45

Apa yang menjadikan jentera ini istimewa ialah output yang dihasilkan, iaitu 444hp dan 550Nm tork, atau 29hp dan 50Nm tork lebih tinggi daripada Mercedes-AMG A45S stock.

Hot hatch yang dikenali sebagai Brabus B45 ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.7 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 270km/j.

Brabus b45

Brabus B45 turut dilengkapi dengan unit kawalan tambahan BRABUS PowerXtra CPC, adapter BRABUS BoostXtra dan penapis udara baharu yang disertakan mampu menghasilkan bunyi yang mirip sebuah kereta lumba.

Sama seperti model standard A45 S, Brabus B45 disertakan dengan transmisi automatik dwi-klac AMG Speedshift DCT 8G, sistem pacuan semua-roda (AWD) AMG Performance 4MATIC+ dan sistem pengagihan tork AMG Torque Control, yang dilengkapi dengan Drift Mode.

Brabus b45

Dari segi penampilan, Brabus B45 hadir dengan rim Brabus Monoblock kustom bersaiz 20-inci yang disertakan bersama tayar Continental 255/40 ZR 20. Hot hatch ini juga kini duduk 30mm lebih rapat kepada tanah, hasil daripada sistem suspensi boleh laras yang disertakan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here