Proton Saga secara rasmi dilancarkan di Pakistan, versi R3 siap dengan transmisi manual!

1527

Proton secara rasmi menambah pasaran antarabangsa bagi Proton Saga, apabila model tersebut secara rasmi dilancarkan di Pakistan pada awal bulan ini.

Dengan ini, Proton Saga kini terdapat di lapan pasaran antarabangsa iaitu Brunei, Bangladesh, Mesir, Jordan, Kenya, Mauritius, Nepal dan Pakistan.



Selain hadir dengan tiga varian iaitu MT, AT dan Ace AT, 100 unit Proton Saga R3 Edisi Terhad juga turut ditawarkan dengan pilihan transmisi MT atau AT.

proton saga pakistan

Cabutan bertuah juga akan diadakan dan bakal pembeli diminta mendaftarkan minat sebelum 16 April.

Pelancaran Proton Saga di Pakistan telah diadakan secara dalam talian dan dilancarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Encik Ikram Mohammad Ibrahim.

Selepas pelancaran Proton X70 di Pakistan pada Disember tahun lalu, Saga merupakan model kedua yang ditawarkan di negara tersebut.

proton saga pakistan

Semua kenderaan dibekalkan dari Malaysia sebagai unit CBU tetapi rakan kongsi syarikat, Al-Haj Automotive, akan memulakan operasi pemasangan tempatan di kilang barunya di Karachi pada suka ketiga 2021.

Dengan kapasiti yang dianggarkan sebanyak 25,000 unit setahun, kilang ini mampu meningkatkan jualan Proton dengan cepat dalam pasaran ini yang penuh dengan potensi untuk berkembang.

proton saga pakistan

Hilal Khan Afridi, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Haj Automotive, yakin bahawa pelanggan Pakistan akan berminat dengan jenama Proton dan produknya.

Selain Saga yang merupakan model terlaris di kebanyakan pasaran, Proton X70 dan Proton X50 juga dieksport untuk mewujudkan rangkaian kenderaan pintar syarikat di luar negara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here