Trak pikap ini disumbat penuh muatan, macam angkut seisi rumah!

1847

Pada dasarnya, sebuah trak pikap digunakan untuk mengangkut barang-barang besar dan berat, seperti perabot rumah. Tidak hairanlah, ramai orang menggunakan kenderaan ini dalam proses pindah rumah.

gambar hiasan

Berkaitan dengan pindah rumah, ada kejadian pelik yang berlaku di Mexico, dimana sebuah trak pikap digunakan untuk membawa sejumlah besar perabot dan isi dalam rumah.

Berdasarkan video tular yang dimuat naik oleh akaun TikTok @lapipadelapaz, kelihatan sebuah Ford F-Series berwarna putih sedang membawa terlalu banyak barang, sehingga barang tersebut selari dengan bonet hadapan.



@lapipadelapaz

Me lo borro TikTok 🤨 Pero ahí está, esta joya ##mexican ##power ##mudanzas

♬ Oh No – Kreepa

Jika diperhatikan, barang-barang tersebut terdiri daripada almari kayu, lukisan, meja, dua buah sofa, dan satu tong besar. Kesemua barang ini diikat menggunakan banyak tali, supaya tidak jatuh.

Tindakan seperti ini pastinya akan membuat sesiapa sahaja yang melihatnya terkejut, terutama mengenai cara pemilik trak pikap ini mengatur barang-barang sehingga dapat diletakkan seperti itu.

trak pikap

Walau bagaimanapun, tindakan ini sangat berbahaya kerana sekiranya barang yang dibawa jatuh di atas jalan raya, sudah tentu ia akan melibatkan kemalangan, dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here