Ini imej rasmi Honda Civic 2022! Apa yang berubah berbanding versi prototaip?

2249

Honda ada mendedahkan Civic generasi ke-11 serba baharu dalam bentuk prototaip pada November tahun lepas. Kini, pengeluar Jepun itu mempersembahkan rupa akhir sedan segmen-C popular mereka itu.

Hanya satu imej sahaja buat masa ini kerana galeri penuh berserta spesifikasi hanya akan diberikan kepada media pada 28 April nanti. Tetapi rasanya satu imej ini cukup untuk memberi gambaran sebenar rupa Civic generasi baharu ini.



Dapat dilihat disini varian tertinggi Touring kelihatan sangat serupa dengan prototaip. Terdapat tambahan lampu kabus depan di bawah menggantikan kemasan hitam. Cermin sisi berwarna hitam juga ditukar dengan warna badan.

Versi akhir (kiri), versi prototaip (kanan)

Varian Touring ini juga mendapat bumbung suria (sunroof) dan pengesan parkir depan. Menariknya pengesan ini diletakkan di bahagian atas gril.

Rim serba hitam pula digantikan dengan set dwi-tona, sementara kemasan hitam di skirt tepi diganti dengan warna badan.

Model Touring juga mendapat trim krom di sekeliling tingkap sisi berbanding versi prototaip yang menggunakan trim hitam. Dan itu sahajalah yang dapat kita lihat dari sudut ini.

Civic baharu ini dikatakan akan dibina dari platform sedia ada tetapi yang dipertingkatkan, jadi mungkin terdapat beberapa talaan pada casis.

Transmisi manual sepatutnya ditawarkan secara standard, cuma mungkin harapan tipis untuk ia ditawarkan di Malaysia.

Apa pendapat anda dengan rupa akhir Honda Civic 2022 setakat ini?

Sementara itu, boleh tonton ulasan kami mengenai Civic generasi sedia ada di bawah:

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here