Walaupun pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah membuat laporan kepada pihak PDRM dan SKMM bagi membanteras kegiatan servis ‘lesen terbang’ ini, tapi kelihatan mereka masih berleluasa mempromosikan servis menggunakan pengiklanan berbayar Instagram.
Perkara ini disedari oleh seorang pengguna Twitter dan telah menjadi bualan pengguna Twitter lain yang mengaitkan servis ini merupakan salah satu lagi ‘kartel’ yang wujud di Malaysia.
Salah seorang pengguna Twitter telah berkongsi pengalaman menghubungi pihak servis ‘lesen terbang’ ini melalui WhatsApp dan mendapati pihak berkenaan mendakwa proses mendapatkan lesen diuruskan oleh pihak JPJ.
JPJ and PDRM aware of this or not? They change name. pic.twitter.com/vWouwXBJG9
— Stupe ستوڤ 一帆 🇲🇾 (@tristupe) April 14, 2021
Pihak servis ‘lesen terbang’ turut menegaskan mereka hanya berurusan dengan pelanggan 100 peratus melalui platform online sahaja dan lesen siap diproses dalam tempoh 5 hingga 7 hari akan diposkan kepada pelanggan tanpa perlu hadir kelas mahupun ujian memandu.
Agak mengejutkan apabila melihat senarai harga lesen yang ditawarkan untuk pelbagai jenis kenderaan jauh lebih murah berbanding harga disahkan oleh JPJ.
Servis ‘lesen terbang’ bukan sahaja terhad untuk kereta dan motosikal sahaja, bahkan pelbagai jenis kenderaan muatan besar turut ditawarkan.
Sindiket tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menipu dan menyusahkan orang ramai pada masa akan datang yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Bahkan, ini meningkatkan jumlah warga asing mendapatkan lesen tidak sah untuk memandu di negara ini dengan sewenang-wenangnya. Semoga pihak berkuasa dapat membanteras sindiket ini.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar