Jualan nombor plat UR raih RM2.2 juta

1400

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melakar sejarah tersendiri apabila mencatatkan penjualan siri nombor pendaftaran khas universiti itu mencecah RM2.2 juta hanya dalam tempoh dua bulan.

Penjualan nombor pendaftaran khas UR itu sekali gus menjadikan UniMAP sebagai universiti awam pertama yang berjaya merekodkan penjualan tertinggi sepanjang tempoh bidaan.



Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Raja Datuk Azwane Raja Ariff, tender penjualan tersebut telah dibuka pada 24 Februari hingga 4 Mac lalu, manakala penjualan melalui laman sesawang www.urplat.com pula dibuka pada 10 Mac dan berakhir pada 31 Mac.

Katanya, nombor plat UR 1 mencatatkan bidaan tertinggi dengan harga RM200,000 diikuti dengan UR 10 (RM130,000); UR 33 (RM65,000) dan UR 55 (RM63,000).

nombor pendaftaran UR

“Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 3,000 nombor plat telah habis dijual. Ini merupakan pencapaian yang baik kerana dalam tempoh kira-kira dua bulan sahaja kita boleh merekodkan jualan kira-kira RM2.2 juta.

“Respon yang diterima sangat memberangsangkan kerana jumlah jualan nombor plat khas UR ini adalah yang tertinggi berbanding nombor plat yang pernah dikeluarkan universiti awam yang lain,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, nombor pendaftaran UR 1 yang merupakan bidaan tertinggi tersebut dibeli oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur, manakala tiga lagi nombor dengan nilai tertinggi dibeli oleh individu.

Tambahnya lagi, setakat ini, masih terdapat 6,000 nombor pendaftaran UR yang boleh dibeli oleh mereka yang berminat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here