Lelaki ini dedah brek Proton X70 miliknya gagal berfungsi

1959

Jika anda pernah menghadapi situasi ‘brek tak makan’, pasti anda tidak mahu mengingati semula situasi bahaya tersebut yang bukan sahaja boleh mengancam nyawa sendiri, bahkan melibatkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Baru-baru ini seorang pemilik Proton X70 telah berkongsi satu rakaman video di mana brek kereta miliknya gagal berfungsi walaupun dia telah memijak brek ‘sampai ke lantai’.



Menurut Asher, dia menerima kereta Proton X70 Premium X CKD baharu pada 9 Julai 2020. Pada awalnya SUV tersebut boleh digunakan dengan baik pada minggu pertama kereta itu diterima.

Tetapi kereta tersebut mula ‘meragam’ setelah sepuluh hari menggunakannya. Pada 19 Julai tahun yang sama, semasa Asher sedang memandu lebih 100km/j, brek keretanya tiba-tiba gagal berfungsi tanpa sebarang amaran.

Dia cuba memberhentikan kenderaan semasa menghampiri satu lampu isyarat dan cuba menekan brek, walau bagaimanapun dia berasa ‘kosong’ dan kereta masih bergerak agak laju.

Bagi mengelakkan keretanya melanggar kenderaan lain, Asher telah ‘menyelit’ di antara beberapa buah kenderaan dan cuba ‘pam’ brek beberapa kali sebelum brek tersebut kembali berfungsi seperti biasa.

Asher masih lagi trauma dengan kejadian yang menimpa kepadanya. Kini kereta Proton X70 yang baru bergerak sejauh 4600km hanya diletakkan di sebuah rumah kosong.

brek proton x70

Dia sudah pun menghubungi pihak Proton bagi membaiki atau mengganti kereta tersebut, tetapi sehingga 15 April 2021 Asher tidak mendapat sebarang maklum balas yang memuaskan daripada Proton.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here